Tuesday 9 September 2014

The Trend is our Best Friend - VOL I

         Bagi yang biasa dan telah mahir dalam pasaran modal seperti saham, futures, forex dan seumpamanya pasti sudah sedia maklum dengan penggunaan trend. Dengan memahami trend pasaran, ianya dapat membantu peserta dalam menentukan hala tuju sesuatu harga komoditi/saham/forex sama ada naik atau turun. 


Berdasarkan gambarajah trend eksport menunjukkan bahawa negara China merupakan pengimport utama MSM/CPO manakala India di tempat kedua dan diikuti Negara Kesatuan Eropah (EU). Gambarajah di bawah menunjukkan perbezaan di antara "trend eksport vs "trend harga" bagi komoditi Minyak Sawit Mentah (MSM/CPO).


Trend Eksport (Jan 2012 - April 2014)


CPO Price Trend (Jan 2012 - April 2014)


'Trend' eskport bukanlah satu-satunya penanda aras sebagai penentu kepada harga MSM/CPO. Ini adalah kerana faktor-faktor luaran seperti pengeluaran (production) minyak sayuran, Pergerakan harga Brent Crude/Minyak Mentah (Crude Oil) dan kelembapan ekonomi juga menjadi penyebab utama kepada perubahan harga MSM/CPO ini.

Thursday 29 May 2014

Pasaran Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (Crude Palm Oil Futures-FCPO)

          Pasaran Niaga Hadapan atau lebih dikenali sebagai FCPO (Crude Palm Oil Futures) sangat berjaya dan telah diperkenalkan sejak Oktober tahun 1980 di Bursa Malaysia. Ianya telah menjadi ukuran bagi harga minyak sawit mentah dan harga lelemak/minyak sayuran global bagi pengurusan risiko dengan kecairan pasaran yang tinggi. Aset pendasar untuk FCPO adalah Minyak Sawit Mentah (MSM/CPO) yang digunakan sebagai minyak masak dan lelemak (shortening). Ia juga digunakan dalam pelbagai produk lain seperti sabun, mentega, sebatian minyak sayur-sayuran (soya, bunga matahari dsb) dan dalam industri penggorengan makanan ringan seluruh dunia.

          Kebiasaannya FCPO sering dianggap sebagai instrumen pelaburan yang berisiko tinggi terutama bagi pelabur/pedagang yang baru terlibat dalam aktiviti ini berbanding mereka yang telah berpengalaman dan memahami ciri-ciri uniknya. Ini adalah kerana FCPO merupakan pasaran yang berbentuk dua hala iaitu keuntungan boleh dijana samada ketika pasaran naik (bullish) atau turun (bearish) begitu juga dengan kerugian sekiranya pelabur/pedagang tersalah membaca arah pasaran. Namun begitu, risiko dapat dikurangkan sekiranya pelabur/pedagang dapat memahami ciri-ciri uniknya dengan mempelajari teknik-teknik tertentu seperti teknikal analisis dan analisis fundamental secara khusus mengenai pasaran minyak sayuran dunia. Sila lihat gambarajah di bawah mengenai pengeluaran dan penggunaan minyak sayuran global dari tahun 2009.



          FCPO adalah merupakan salah satu instrumen pelaburan yang boleh digunakan untuk melindung nilai (hedging) harga Minyak sawit mentah yang tidak menentu dengan menggunakan akaun margin. Pelabur atau peserta juga dapat mengambil manfaat daripada leveraj dan mereka boleh memulakan pelaburan dengan nilai nominal yang kecil bagi kontrak niaga hadapan. Namun pelabur juga harus memahami baik dan buruknya apabila mengambil leveraj dalam perdagangan niaga hadapan. Ia akan memberi impak yang lebih apabila berlaku perubahan harga dan memberikan kesan negatif dan positif kerana niaga hadapan akan memperoleh keuntungan yang berganda sekiranya harga menaik atau menurun. Namun, kerugian yang dialami juga akan berganda sekiranya tersilap membaca arah trend pergerakan harga tersebut. Oleh kerana itu amat penting bagi peserta yang masih baru dalam instrumen derivatif untuk melengkapkan diri dengan pemahaman yang menyeluruh sebelum memulakan perdagangan komoditi niaga hadapan ini.