Friday 4 April 2014

Peluang Kerjaya Di Dalam Industri Sawit

Sebenarnya terlalu banyak ruang dan peluang untuk menceburi kerjaya dalam industri sawit di Malaysia. Industri sawit memberi sumbangan yang cukup besar bukan sahaja di dalam negara bahkan mencakupi seluruh dunia. 

Anda boleh merujuk kepada laman sesawang edupalm.org.my untuk mengetahui lanjut mengenai Laluan Kerjaya Di Dalam Industri Sawit. Selain peluang kerjaya yang dinyatakan dalam laman sesawang tersebut terdapat pelbagai lagi bidang yang menarik antaranya seperti aktiviti perdagangan (trading) dalam Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau lebih dikenali sebagai Crude Palm Oil Futures (FCPO). 

Secara ringkasnya FCPO adalah produk inovatif dari Bursa Malaysia Derivatif yang diniagakan dalam Ringgit Malaysia dan disandarkan secara fizikal dengan Minyak Sawit Mentah (MSM). FCPO di BMD juga telah berada di pasaran selama 30 tahun sejak Oktober 1980 lagi dan menjadi penanda aras bagi peniaga minyak sayuran tertamanya dalam menentukan harga minyak sawit seluruh dunia. Google sahaja mengenai FCPO untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment